Our Loves StorY Begin..

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 22, 2013

Syawal 15

Masih dalam mood raya lagi ka kita ni?Masih sibuk mnghadiri jemputan open house?Masih makan ketupat rendang dan lemang??Masih dapat duit raya?

Amboii amboii sakan sungguh beraya...Almaklum "kita beraya selama sebulan......lalalala"

Huh!Saya kat sini seminggu aja terasa cam Syawal..Lepas seminggu masing2 pulang ke lubuk sibok dgn hal masing2 nak jumpa pon susah....

Syawal tahun ni kurang meriah...Pasai apa?Entahlaaa..Mungkin sebab dah tua kot..Tapi nk kata tak meriah tu tidaklah,cuma kurang meriah....Rutin masih mcm besa,rumah terbuka di hari raya pertama..Sesi bergambar sehingga tengahari balik umah tok belah Bintang lepas tu raya kedua p kuburan belah mama bersama seisi family dari awal pagi sampai lewat petang baru settle disebabkn jalan jammed yg sgt rabak tahun ni (almaklum suma org di msia khususnya di kelantan ni ada kereta belaka sorang satu!) Lepas tu raya ketiga smpai raya ketujuh kot mnghadiri rumah terbuka jemputan kenduri kawin (walau pon tak sbanyak yg lepas2 ye lah,kawan2 sebaya pon pakat dah menikah belaka ) Jemputan open house tak berapa jenuh tahun ni mgkn disebabkn masing2 buget tak berapa lebat kot??

Saya pulak cuma sempat buat mee kari aja di raya kelima..Jmput mak2 menakan yg dah lama tak mai umah,family keciksaya mcm besa mmg tak pernah dilupakan bila masak waima seperiuk nasi pon msti kena jemput....(saya kn sayang family kecil saya) so saya tak kata mee kari tu sbg open house pon..cuma jemput kawan2 yg nak mai beraya boleh sambil2 merasa mee kari :)

O k lah ni ada beberapa keping gmbq raya :)
Tahun ni takdak family potrait sbb mcm saya kata,tak cukop korum aja memanjang bila pegang kamera hat tu takdak hat ni hilang...So,tangkap aja hat mana ada..Yg tentu2 tuan camera mmg la ada memanjang :P


Syawal pertama

Syawal pertama
Syawal ketiga



Syawal Pertama bersama mama dan adik

Girls Generation :)

Syawal Keempat,reunion kecilan bersama xschoolmates

Syawal Keempat.Ini hantu camera tapi tak suka gmbrnya di tangkap!
Syawal Keempat

Wednesday, August 7, 2013

Hari Raya...Semua Orang Gembira :)

Saya tak mau ketinggalan utk amek peluang mengucapkan...


"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA SYAWAL INI MNGERATKN SILATURAHIM ANTARA KITA"




Kemaafan Dendam Yg Terindah

Wahai anakku,
Jikalau anda sering suka mengganggap orang-orang lain sebagai musuh, akhirnya mereka akan menjadi musuh kamu. Segala tindak-tanduk engkau akan mula mencurigai segala tindak-tanduk mereka kerana prasangka burukmu. Segala pertuturanmu akan bersifat menyindir menyebabkan mereka lebih cepat menjadi musuhmu. Maka elakkan sifat tersebut.

Wahai anakku,
Betapapun engkau benci pada seorang, tangguhlah dulu niatmu untuk memusuhinya. Engkau juga seorang manusia yang penuh dosa. Engkau bukan sekeping kertas putih. Orang yang dibencimu bukannya sekeping kertas hitam. Kedua-duanya penuh tompok hitam atas putih. Jadi apakah layaknya engkau menganggap si dia lebih hitam dari kamu.

Wahai anakku,
Ingatlah, orang yang engkau benci itu juga pernah melakukan benda baik dan berkata-kata benda baik. Walaupun kata-kata baik dan benda baiknya tidak pada kamu, tapi ada orang lain yang mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Ia sebenarnya sama seperti engkau, seorang insan yang memerlukan keredhaan Allah, difahami orang sekelilingnya dan disayangi.

Wahai anakku,
Memang mudah untuk membenci seseorang daripada menyukai seseorang. Membenci seseorang cuma memerlukan satu perkara silap yang menyinggung perasaanmu. Untuk mendapat kasih sayang engkau pula memerlukan beratus perkara baik yang menyedapkan perasaanmu. Jadi amatlah tidak adil engkau terus menbenci dan mencemuhnya kerana satu perkara yang engkau tak suka sedangkan dia pernah melakukan banyak perkara yang baik yang kamu terlepas pandang memujinya sebelum ini.

Wahai anakku,
Ingatlah sentiasa engkau tak betul segalanya. Pihak yang dibencimu tidak salah segalanya. Jangan didorong hasutan iblis yang suka manusia bermusuhan. Ingatlah orang yang selalu teringat hantu, akan sentiasa nampak hantu di setiap penjuru minda mereka.

Belajarlah memaafkan orang lain. Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Senyum!



Ini saya copy paste dari page yg bagi saya amat amat bermanfaat diantara page page ilmu yg lain yg dok ada dlm FB.... :) Kamu kamu buleh like page ini utk sama2 kita berkongsi ilmu dan ubat hati kita,In Shaa Allah..Ustaz Tuan Ibrahim....Bagus kan??

So,saya berharap agar Syawal ini kita IKHLAS dlm MEMBERI DAN MENERIMA MAAF.Belajarlah agar tidak berasalan lagi utk mngulangi kesilapan dan dosa yg sama,In Shaa Allah..


Salam Aidilfitri dari saya ,Bintang dan Si Bulan :)